Wednesday 16 November 2011

Tugasan 4 : Pilih 2 medium dalam teknologi media baru yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu idea atau karya.

BLOG 

Blog merupakan salah satu medim media baru. Blog mempunyai banyak fungsi dan memberikan banyak faedah kepada pengguna..Blog juga merupakan alat teknologi baru yang mana penggunaannya amat menggalakkan dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Blog didefinisikan menurut Pavlik (2007) sebagai satu laman web dengan penyuntingan yang minimum. Blog juga menyediakan ruangan untuk komen, dikemaskini secara berkala dan menyediakan hyperlink ke sumber talian yang lain.

Selain itu, blog didefinisikan sebagai satu istilah untuk laman web di mana catatan-catatan dibuat dalam bentuk jurnal dan dipamer dalam satu susunan kronologi terbalik 14 Jurnal Pengajian Media Malaysia / Malaysian Journal of Media Studies (piramid terbalik). Blog sebenarnya berasal dari perkataan web log. Blog juga bermaksud menambah kandungan pada sesuatu web log (Ayres dan Jeffrey,1999). Terdapat beberapa jenis blog. Blog-blog ini berbeza mengikut cara ia ditulis dan disampaikan.

Kebanyakan penulis blog mengkategorikan diri mereka mengikut media yang diamalkan. Kajian oleh Donald dan Michelle (2008) melihat kesan blog sebagai media sosial kepada pengamal perhubungan awam. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan media baru ini telah mengubah corak berkomunikasi perhubungan awam secara mendadak. Hasil kajian mendapati blog menjadi pelengkap kepada media aliran utama tradisional dan mengubah cara organisasi berkomunikasi terutama kepada pengguna luar.

Melalui blog, organisasi dapat menembusi pasaran luar dengan menjadikan blog sebagai pintu masuk kepada produk organisasi tersebut. Melihat senario perniagaan internet di Malaysia, kebanyakkan usahawan internet memiliki blog sendiri untuk berkongsi aktiviti perniagaan serta memasarkan produk keluaran mereka.

INTERNET 

Internet merupakan salah satu alat komunikasi yang paling banyak dan semakin mendapat perhatian. Internet merupakan satu rangkaian komputer antarabangsa. Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan.

Pada masa ini, dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan.

Perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dalam aktiviti perhubungan awam. Bilangan pengguna dan kepentingan penyaluran maklumat dan perkhidmatan dengan kadar segera meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijak perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan (Hill dan Welch, 2006). Bagi pengamal perhubungan awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan pentadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan.

Penggunaan internet telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Untuk menjengah maklumat terkini dalam apa jua aspek, pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kunci pada papan kekunci. Di perkampungan global inilah manusia bertukar-tukar informasi dan perkhidmatan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa mahupun ideologi. Secara ringkasnya menurut Holtz (1996), kecanggihan teknologi ini dapat mempermudah komunikasi dua hala sesama manusia dan negara.

Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, kepentingan dan rahsia maklumat; melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik; mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej pengamal perhubungan awam (Smith, 1995). bagi menjamin kemudahan internet digunakan dengan selamat, setiap organisasi haruslah menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran budaya berkaitan laman web tidak berlaku.

No comments:

Post a Comment