Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi. Habermas melihat perkembangan komunikasi di zaman pasca-renaissance di Eropah sebagai sebahagian daripada kemunculan masyarakat sivil di mana golongan kelas menengah menggunakan media untuk menyuarakan pandangan mereka.
Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar – yang juga disebut sebagai media baru – memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas.
Internet merupakan salah satu media baru.Internet telah mencetuskan kebangkitan media baru dengan mencetuskan sibersfera/cybersphere,iaitu bentuk dan kandungan informasi tersebut dapat dilakukan secara serentak,dalam segala sistem, cara dan kaedah pekerjaan penyebarannya.
Ini disokong oleh terciptanya aplikasi-aplikasi atau jentera multimedia yang menjayakan projek penyebaran informasi tersebut berdasarkan sikap dan rupa kandungannya seperti Podcast, QuickTime, Windows Media Player, RealPlayer, Winamp dan termasuklah suatu bentuk media baru yang mula menonjolkan kebolehannya untuk menguasai perusahaan media pada masa depan, iaitu weblog atau blog yang sifat sistem dan bentuk operasionalnya telah mengubah malah mengatasi media-media tradisi.
Blog nyata lebih sempurna pola komunikasinya (Rainie, Fox dan Fallows, 2003: 96-101) kerana cara bekerjanya yang berbagai-bagai dan paripurnanya bukan sahaja terletak pada kandungan berita, ulasan dan rencana tetapi ruang yang memberikan peluang kepada komen, kritikan, cadangan dan pandangan berlaku serentak dan komunikasi tidak lagi stagnan satu hala, tetapi plural.
Media baru telah membantu pertumbuhan kecekapan, kebijakan dan keadilan komunikasi yang memberi kesan makro terhadap hak-hak asasi manusia.Media baru bukan sahaja telah mengambil alih dan menukar nilai kepercayaan terhadap media tradisi, seperti akhbar dan televisyen, malah turut mencatur-susun pola-pola kepercayaan dan melangsungkan transformasi struktural terhadap sistem hidup manusia.
Media baru telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial dunia melalui citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas.media baru dijenterakan oleh Internet (siber/www), dalam bentuk apa-apa pun teknologinya, dari Smartphone ke iPhone, dari iPod ke iWatch kekuatannya terletak pada cara bekerjanya yang plural.Setiap orang yang mempunyai iPhone, atau iPod,atau Notebook boleh terlibat secara sepenuhnya dalam komunikasi dan berkuasa dalam membentuk dan menyebarkan informasi.
Weblog/blog adalah salah satu dari produk saitek media baru.Weblog mempunyai nilai kepada kebangkitan maklumat yang lebih konstruktif yang lebih kenyal, yang lebih berwibawa dalam mencetuskan pertembungan dan pengolahan ke atas nilai, identiti, dan membentuk penciptaan nilai dan identiti hasil dari keseimbangan plus minus idea yang tersampai lewat entri penulis dan respons pembaca.
Media baru melalui kandungan dan budaya informasi yang plural sudah benar-benar mengemukakan suatu proses perubahan dalam kepercayaan sama ada terhadap makna, bentuk, kandungan mahupun teori-teori baik kewartawanan,komunikasi, media (Winter, Hepp, Kotz, 2008: 267-281) termasuk cultural studies dan future studies.
Kedudukan media baru, khususnya Internet dalam mengadiluhung ekoposialnegara-negara dunia, termasuk ASEAN pada masa depan tidak dapat disangkalkerana dalam abad penunjangan informasi terhadap semua prakarsa dan renstra penghidupan tentunya sistem dan kandungan yang ada pada media baru akan menjadi suatu gerakan paling kuat dalam merekayasa mahupun mendayacipta segala macam perubahan masa depan itu.
No comments:
Post a Comment