Wednesday, 16 November 2011

Tugasan 4 : Pilih 2 medium dalam teknologi media baru yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu idea atau karya.

BLOG 

Blog merupakan salah satu medim media baru. Blog mempunyai banyak fungsi dan memberikan banyak faedah kepada pengguna..Blog juga merupakan alat teknologi baru yang mana penggunaannya amat menggalakkan dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Blog didefinisikan menurut Pavlik (2007) sebagai satu laman web dengan penyuntingan yang minimum. Blog juga menyediakan ruangan untuk komen, dikemaskini secara berkala dan menyediakan hyperlink ke sumber talian yang lain.

Selain itu, blog didefinisikan sebagai satu istilah untuk laman web di mana catatan-catatan dibuat dalam bentuk jurnal dan dipamer dalam satu susunan kronologi terbalik 14 Jurnal Pengajian Media Malaysia / Malaysian Journal of Media Studies (piramid terbalik). Blog sebenarnya berasal dari perkataan web log. Blog juga bermaksud menambah kandungan pada sesuatu web log (Ayres dan Jeffrey,1999). Terdapat beberapa jenis blog. Blog-blog ini berbeza mengikut cara ia ditulis dan disampaikan.

Kebanyakan penulis blog mengkategorikan diri mereka mengikut media yang diamalkan. Kajian oleh Donald dan Michelle (2008) melihat kesan blog sebagai media sosial kepada pengamal perhubungan awam. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan media baru ini telah mengubah corak berkomunikasi perhubungan awam secara mendadak. Hasil kajian mendapati blog menjadi pelengkap kepada media aliran utama tradisional dan mengubah cara organisasi berkomunikasi terutama kepada pengguna luar.

Melalui blog, organisasi dapat menembusi pasaran luar dengan menjadikan blog sebagai pintu masuk kepada produk organisasi tersebut. Melihat senario perniagaan internet di Malaysia, kebanyakkan usahawan internet memiliki blog sendiri untuk berkongsi aktiviti perniagaan serta memasarkan produk keluaran mereka.

INTERNET 

Internet merupakan salah satu alat komunikasi yang paling banyak dan semakin mendapat perhatian. Internet merupakan satu rangkaian komputer antarabangsa. Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan.

Pada masa ini, dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan.

Perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dalam aktiviti perhubungan awam. Bilangan pengguna dan kepentingan penyaluran maklumat dan perkhidmatan dengan kadar segera meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijak perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan (Hill dan Welch, 2006). Bagi pengamal perhubungan awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan pentadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan.

Penggunaan internet telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Untuk menjengah maklumat terkini dalam apa jua aspek, pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kunci pada papan kekunci. Di perkampungan global inilah manusia bertukar-tukar informasi dan perkhidmatan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa mahupun ideologi. Secara ringkasnya menurut Holtz (1996), kecanggihan teknologi ini dapat mempermudah komunikasi dua hala sesama manusia dan negara.

Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, kepentingan dan rahsia maklumat; melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik; mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej pengamal perhubungan awam (Smith, 1995). bagi menjamin kemudahan internet digunakan dengan selamat, setiap organisasi haruslah menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran budaya berkaitan laman web tidak berlaku.

Tuesday, 15 November 2011

Tugasan 3 : Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi ide, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.

Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi. Habermas melihat perkembangan komunikasi di zaman pasca-renaissance di Eropah sebagai sebahagian daripada kemunculan masyarakat sivil di mana golongan kelas menengah menggunakan media untuk menyuarakan pandangan mereka.

Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar – yang juga disebut sebagai media baru – memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas.

Internet merupakan salah satu media baru.Internet telah mencetuskan kebangkitan media baru dengan mencetuskan sibersfera/cybersphere,iaitu bentuk dan kandungan informasi tersebut dapat dilakukan secara serentak,dalam segala sistem, cara dan kaedah pekerjaan penyebarannya.



Ini disokong oleh terciptanya aplikasi-aplikasi atau jentera multimedia yang menjayakan projek penyebaran informasi tersebut berdasarkan sikap dan rupa kandungannya seperti Podcast, QuickTime, Windows Media Player, RealPlayer, Winamp dan termasuklah suatu bentuk media baru yang mula menonjolkan kebolehannya untuk menguasai perusahaan media pada masa depan, iaitu weblog atau blog yang sifat sistem dan bentuk operasionalnya telah mengubah malah mengatasi media-media tradisi.

Blog nyata lebih sempurna pola komunikasinya (Rainie, Fox dan Fallows, 2003: 96-101) kerana cara bekerjanya yang berbagai-bagai dan paripurnanya bukan sahaja terletak pada kandungan berita, ulasan dan rencana tetapi ruang yang memberikan peluang kepada komen, kritikan, cadangan dan pandangan berlaku serentak dan komunikasi tidak lagi stagnan satu hala, tetapi plural.




Media baru telah membantu pertumbuhan kecekapan, kebijakan dan keadilan komunikasi yang memberi kesan makro terhadap hak-hak asasi manusia.Media baru bukan sahaja telah mengambil alih dan menukar nilai kepercayaan terhadap media tradisi, seperti akhbar dan televisyen, malah turut mencatur-susun pola-pola kepercayaan dan melangsungkan transformasi struktural terhadap sistem hidup manusia.

Media baru telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial dunia melalui citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas.media baru  dijenterakan oleh Internet (siber/www), dalam bentuk apa-apa pun teknologinya, dari Smartphone ke iPhone, dari iPod ke iWatch kekuatannya terletak pada cara bekerjanya yang plural.Setiap orang yang mempunyai iPhone, atau iPod,atau Notebook boleh terlibat secara sepenuhnya dalam komunikasi dan berkuasa dalam membentuk dan menyebarkan informasi.

Weblog/blog adalah salah satu dari produk saitek media baru.Weblog mempunyai nilai kepada kebangkitan maklumat yang lebih konstruktif yang lebih kenyal, yang lebih berwibawa dalam mencetuskan pertembungan dan pengolahan ke atas nilai, identiti, dan membentuk penciptaan nilai dan identiti hasil dari keseimbangan plus minus idea yang tersampai lewat entri penulis dan respons pembaca.

Media baru melalui kandungan dan budaya informasi yang plural sudah benar-benar mengemukakan suatu proses perubahan dalam kepercayaan sama ada terhadap makna, bentuk, kandungan mahupun teori-teori baik kewartawanan,komunikasi, media (Winter, Hepp, Kotz, 2008: 267-281) termasuk cultural studies dan future studies.

Kedudukan media baru, khususnya Internet dalam mengadiluhung ekoposialnegara-negara dunia, termasuk ASEAN pada masa depan tidak dapat disangkalkerana dalam abad penunjangan informasi terhadap semua prakarsa dan renstra penghidupan tentunya sistem dan kandungan yang ada pada media baru akan menjadi suatu gerakan paling kuat dalam merekayasa mahupun mendayacipta segala macam perubahan masa depan itu.

Tugasan 2 Huraikan tentang sumbangan teknologi apple dalam penghasilan karya seni

Pengasas kepada teknologi apple merupakan Steve Jobs.Beliau merupakan seorang usahawan dan pencipta yang berbangsa Amerika Syarikat.Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).



Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.


Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antar muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer  yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucacfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.

SUMBANGAN TEKNOLOGI APPLE DALAM PENGHASILAN KARYA

Pada awalnya diperkenalkan inovasi GUI (Graphic User Interface) untuk sistem operasi kompter Mac, meningalkan system DOS (Dot Operating System), dunia perkomputeran pun berpaling mengikuti mereka, yang didunia PC (Personal Computer) mulailah dikenal system operasi Windows.


Mac sendiri merupakan jenis komputer yang memiliki fungsi utama sebagai komputer grafik. Komputer grafik yang dimotori oleh Apple membawa perubahan besar pada dunia seni digital, Macintosh sebagai komputer grafik pertama memberi perspektif baru bahawa keindahan seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan komputer grafik telah diikuti oleh dunia PC, yang didominasi oleh dominator winTel (Windows-Intel). 

Daya serap pengguna terhadap teknologi-teknologi baru memberi kesan yang sangat besar terhadap kemajuan seni digital. Sebahagian besar pengguna komputer adalah pemakai PC kerana pemanfaatannya yang sangat multifungsi. PC merupakan perangkat komputer yang berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus hiburan.