Assalamualaikum....
Laman ini dihasilkan adalah bertujuan bagi memenuhi kehendak subjek CMT3112 iaitu SEJARAH MEDIA BARU. Subjek SEJARAH MEDIA BARU merupakan subjek wajib bagi pelajar semester 5 elektif multimedia Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan.
Bagi subjek Sejarah Media Baru CMT3112 ini diajar oleh En. Jasni Bin Dollah. Subjek ini menitikberatkan tentang peranan yang dimainkan oleh sejarah media baru dalam membantu penghasilan karya seni digital. Antaranya adalah dari segi estetika,strategi,trend dan aspirasi sosio-budayanya. Latihan-latihan yang bakal diberi akan berpandukan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi dalam menghasilkan karya seni digital.
Tugasan 1 : Huraikan maksud sejarah media baru dalam konteks penghasilan karya seni digital.
Perkataan media merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Latin iaitu medius yang membawa maksud tengah,perantara atau pengantar.
Media pula ditafsirkan sebagai penyalur informasi pelajaran atau belajar atau sebagai pesanan.
Media baru pula ditafsirkan melalui kamus Oxford English Dictionary (2003) yang menyatakan bahawa media baru merujuk kepada salah satu kaedah elektronik. Media baru ini digunakan sebagai kaedah elektronik untuk berkomunikasi dan menyalurkan sebarang maklumat untuk rujukan.
Selain itu, media baru juga ditakrifkan sebagai "teknologi informasi tanpa sempadan".
Tugasan 2 : Huraikan tentang sumbangan teknologi apple dalam penghasilan karya seni
Pengasas kepada teknologi apple merupakan Steve Jobs.Beliau merupakan seorang usahawan dan pencipta yang berbangsa Amerika Syarikat.Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik, menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun pada masa yang sama.
Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antar muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan.
Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucacfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.
SUMBANGAN TEKNOLOGI APPLE DALAM PENGHASILAN KARYA
Pada awalnya diperkenalkan inovasi GUI (Graphic User Interface) untuk sistem operasi kompter Mac, meninggalkan system DOS (Dot Operating System), dunia perkomputeran mengikuti era perkembangan, PC (Personal Computer)pula dikenali sebagai sistem operasi Windows.
Mac sendiri merupakan jenis komputer yang memiliki fungsi utama sebagai komputer grafik. Komputer grafik yang dipelopori oleh Apple membawa perubahan besar pada dunia seni digital, Macintosh sebagai komputer grafik pertama memberi perspektif baru bahawa keindahan seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan komputer grafik telah diikuti oleh dunia PC, yang didominasi oleh dominator winTel (Windows-Intel).
Daya serap pengguna terhadap teknologi-teknologi baru memberi kesan yang sangat besar terhadap kemajuan seni digital. Sebahagian besar pengguna komputer adalah pemakai PC kerana pemanfaatannya yang sangat multifungsi. PC merupakan perangkat komputer yang berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus hiburan.PC merupakan salah satu alat yang paling berkesan dalam teknologi kini.

Tugasan 3 : Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.
Teknologi komunikasi berkait rapat dengan pemeluasan ruang masyarakat sivil dan pemugaran demokrasi. Habermas melihat perkembangan komunikasi di zaman pasca-renaissance di Eropah sebagai sebahagian daripada kemunculan masyarakat sivil di mana golongan kelas menengah menggunakan media untuk menyuarakan pandangan mereka.
Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar – yang juga disebut sebagai media baru – memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas.
Internet merupakan salah satu media baru.Internet telah mencetuskan kebangkitan media baru dengan mencetuskan sibersfera/cybersphere,iaitu bentuk dan kandungan informasi tersebut dapat dilakukan secara serentak,dalam segala sistem, cara dan kaedah pekerjaan penyebarannya.
Ini disokong oleh terciptanya aplikasi-aplikasi atau jentera multimedia yang menjayakan projek penyebaran informasi tersebut berdasarkan sikap dan rupa kandungannya seperti Podcast, QuickTime, Windows Media Player, RealPlayer, Winamp dan termasuklah suatu bentuk media baru yang mula menonjolkan kebolehannya untuk menguasai perusahaan media pada masa depan, iaitu weblog atau blog yang sifat sistem dan bentuk operasionalnya telah mengubah malah mengatasi media-media tradisi.
Blog nyata lebih sempurna pola komunikasinya (Rainie, Fox dan Fallows, 2003: 96-101) kerana cara bekerjanya yang berbagai-bagai dan paripurnanya bukan sahaja terletak pada kandungan berita, ulasan dan rencana tetapi ruang yang memberikan peluang kepada komen, kritikan, cadangan dan pandangan berlaku serentak dan komunikasi tidak lagi stagnan satu hala, tetapi plural.
Media baru telah membantu pertumbuhan kecekapan, kebijakan dan keadilan komunikasi yang memberi kesan makro terhadap hak-hak asasi manusia.Media baru bukan sahaja telah mengambil alih dan menukar nilai kepercayaan terhadap media tradisi, seperti akhbar dan televisyen, malah turut mencatur-susun pola-pola kepercayaan dan melangsungkan transformasi struktural terhadap sistem hidup manusia.
Media baru telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial dunia melalui citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas.media baru dijenterakan oleh Internet (siber/www), dalam bentuk apa-apa pun teknologinya, dari Smartphone ke iPhone, dari iPod ke iWatch kekuatannya terletak pada cara bekerjanya yang plural.Setiap orang yang mempunyai iPhone, atau iPod,atau Notebook boleh terlibat secara sepenuhnya dalam komunikasi dan berkuasa dalam membentuk dan menyebarkan informasi.
Weblog/blog adalah salah satu dari produk saitek media baru.Weblog mempunyai nilai kepada kebangkitan maklumat yang lebih konstruktif yang lebih kenyal, yang lebih berwibawa dalam mencetuskan pertembungan dan pengolahan ke atas nilai, identiti, dan membentuk penciptaan nilai dan identiti hasil dari keseimbangan plus minus idea yang tersampai lewat entri penulis dan respons pembaca.
Media baru melalui kandungan dan budaya informasi yang plural sudah benar-benar mengemukakan suatu proses perubahan dalam kepercayaan sama ada terhadap makna, bentuk, kandungan mahupun teori-teori baik kewartawanan,komunikasi, media (Winter, Hepp, Kotz, 2008: 267-281) termasuk cultural studies dan future studies.
Kedudukan media baru, khususnya Internet dalam mengadiluhung ekoposialnegara-negara dunia, termasuk ASEAN pada masa depan tidak dapat disangkalkerana dalam abad penunjangan informasi terhadap semua prakarsa dan renstra penghidupan tentunya sistem dan kandungan yang ada pada media baru akan menjadi suatu gerakan paling kuat dalam merekayasa mahupun mendayacipta segala macam perubahan masa depan itu.
Tugasan 4 : Pilih 2 medium dalam teknologi media baru yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu idea atau karya.
Tugasan 4 : Pilih 2 medium dalam teknologi media baru yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu idea atau karya.
BLOG
Blog merupakan salah satu medim media baru. Blog mempunyai banyak fungsi dan memberikan banyak faedah kepada pengguna. Melalui blog juga dapat memaparkan hasil-hasil karya serta apa sahaja maklumat untuk disampaikan. Selain itu, melalui blog juga ada ruangan untuk pengunjung yang melayari blog bagi memberi komen atau cadangan kepada pemilik blog. Ia merupakan sesuatu yang amat berguna dalam menyampaikan sesuatu idea atau karya.
Blog juga merupakan alat teknologi baru yang mana penggunaannya amat menggalakkan dalam kalangan semua lapisan masyarakat. Blog didefinisikan menurut Pavlik (2007) sebagai satu laman web dengan penyuntingan yang minimum. Blog juga menyediakan ruangan untuk komen, dikemaskini secara berkala dan menyediakan hyperlink ke sumber talian yang lain.

Selain itu, blog didefinisikan sebagai satu istilah untuk laman web di mana catatan-catatan dibuat dalam bentuk jurnal dan dipamer dalam satu susunan kronologi terbalik 14 Jurnal Pengajian Media Malaysia / Malaysian Journal of Media Studies (piramid terbalik). Blog sebenarnya berasal dari perkataan web log. Blog juga bermaksud menambah kandungan pada sesuatu web log (Ayres dan Jeffrey,1999). Terdapat beberapa jenis blog. Blog-blog ini berbeza mengikut cara ia ditulis dan disampaikan.
Kebanyakan penulis blog mengkategorikan diri mereka mengikut media yang diamalkan. Kajian oleh Donald dan Michelle (2008) melihat kesan blog sebagai media sosial kepada pengamal perhubungan awam. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan media baru ini telah mengubah corak berkomunikasi perhubungan awam secara mendadak. Hasil kajian mendapati blog menjadi pelengkap kepada media aliran utama tradisional dan mengubah cara organisasi berkomunikasi terutama kepada pengguna luar.
Melalui blog, organisasi dapat menembusi pasaran luar dengan menjadikan blog sebagai pintu masuk kepada produk organisasi tersebut. Melihat senario perniagaan internet di Malaysia, kebanyakkan usahawan internet memiliki blog sendiri untuk berkongsi aktiviti perniagaan serta memasarkan produk keluaran mereka.
INTERNET
Internet merupakan salah satu alat komunikasi yang paling banyak dan semakin mendapat perhatian. Internet merupakan satu rangkaian komputer antarabangsa. Hampir keseluruhan isi kandungan yang terdapat dalam web itu digunakan sebagai bahan untuk pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan. Kini dikatakan hanya di hujung jari sahaja sekali klik seseorang itu akan mendapat segala maklumat yang diperlukan. Hanya dengan satu klik sahaja.
Pada masa ini, dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 25 juta orang yang mengaplikasikan internet di serata dunia dan angka ini dijangka bertambah pada kadar 15 peratus sebulan.
Perkembangan ICT telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dalam aktiviti perhubungan awam. Bilangan pengguna dan kepentingan penyaluran maklumat dan perkhidmatan dengan kadar segera meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, pengurusan internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijak perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan (Hill dan Welch, 2006). Bagi pengamal perhubungan awam dalam usahanya menuju ke arah pemodenan pentadbiran telah melihat internet sebagai satu platform untuk penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan.
Penggunaan internet telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Untuk menjengah maklumat terkini dalam apa jua aspek, pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kunci pada papan kekunci. Di perkampungan global inilah manusia bertukar-tukar informasi dan perkhidmatan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa mahupun ideologi. Secara ringkasnya menurut Holtz (1996), kecanggihan teknologi ini dapat mempermudah komunikasi dua hala sesama manusia dan negara.
Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai pelanggaran tatacara yang boleh mengancam keselamatan, kepentingan dan rahsia maklumat; melemahkan sistem ICT dan pengurusan rekod elektronik; mengganggu sistem rangkaian ICT dan merosakkan imej pengamal perhubungan awam (Smith, 1995). bagi menjamin kemudahan internet digunakan dengan selamat, setiap organisasi haruslah menentukan latihan yang bersesuaian, penggunaan teknologi yang kukuh dan dasar yang menyeluruh agar pelanggaran budaya berkaitan laman web tidak berlaku.
ADOBE PHOTOSHOP
Adobe photoshop merupakan salah satu media baru. Ia merupakan satu software yang boleh digunakan bagi menghasilkan sesuatu karya yang berkesan. Melalui adobe photoshop, karya seperti photo manipulation, poster, bunting dan sebagainya dapat dihasilkan.
Selain itu, adobe photoshop juga dikenali sebagai fungsi untuk pengeditan gambar atau foto atau bagi membuat sesuatu "effect". Melaui adobe photoshop juga ramai fotografi menggunakannya bagi tujuan dalam kerja mereka. Selain itu juga, kebanyakan syarikat iklan akan menggunakan software ini bagi membuat sesuatu iklan atau banner. Ramai yang memilih adobe photoshop kerana software ini menggunakan format BITMAP kerana foto atau gambar dalam format BITMAP.
Photoshop memiliki kemampuan untuk membaca dan menulis gambar berformat raster dan vektor seperti .png, .gif, .jpeg, dan lain-lain.Photoshop juga memiliki format khas yang lain iaitu PSD (Photoshop Document) adalah format yang menyimpan gambar dalam bentuk layer, termasuk teks, mask, opacity, blend mode, channel warna, channel alpha, clipping paths, dan setting duotone.
Antara contoh karya yang dihasilkan melalui adobe photoshop ialah :

No comments:
Post a Comment